CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 14, 2008

PEMANASAN GLOBAL

Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.

Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global.

Kesan rumah hijau
Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.
Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita.


Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.

Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau.
Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit: O. Esslinger


Kesan dari pemanasan global
Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.


Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.
Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau.


Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.

SUMBER : Zalia & Olivier Esslinger 2003-2008

KHASIAT MADU

  • Menghilangkan lendir atau kahak.
  • Mencuci perut.
  • Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  • Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

TAHUKAH ANDA??

  • Pen mata bola dicipta oleh seorang saintis dari Michigan dalam usahanya untuk mengurangkan kematian burung akibat penggunaan bulu burung sebagai pen.
  • Seekor burung layang-layang yang telah mati akan mengeluarkan bunyi seperti bayi menangis bila direndam di dalam cecair.
  • Lebih 3% daripada ais yang terdapat di glasier Antartik sebenarnya adalah air kencing penguin.
  • Kucing hitam betina dikatakan dapat melihat bayang-bayang diri mereka sendiri di waktu malam.
  • Ikan keli adalah satu-satunya haiwan yang mempunyai bulu misai dalam jumlah yang ganjil.
  • Lebih 1/6 usia kita akan dihabiskan pada hari Rabu.
  • Jika meletakkan seekor lebah dalam tin filem selama dua jam, ia akan menjadi buta.
  • Air liur manusia mempunyai titik didih tiga kali ganda bebanding air biasa.
  • Jika dikenakan arus elektrik sekurang-kurangnya 50 volt, ekor seekor kucing akan sentiasa menunjukkan kearah utara.
  • Lebih 2/3 daripada sumber ketumbar datangnya hanya dari sebuah kampung yang terletak di Itali.

FADILAH IBADAH KEPADA KESIHATAN

  • Tidak digalakkan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ion positif dalam makanan darat jika dicampur dengan ion negatif dalam makanan laut akan terjadi tindakan balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
  • Mandi pagi sebelum subuh atau sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul.
  • Rasullah mengamalkan minum segelas air masak setiap pagi. Insyallah dijauhkan dari penyakit.
  • Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain.
  • Selesai makan Nabi akan menjilat jari. Ahli saintis mendapati terdapat enzim yang membantu pencernaan makanan di celah jari tangan, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

Tuesday, May 13, 2008

RASULLAH SEBAGAI TELADAN

  • Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, nyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.
    Dalam Islam, menjadikan seseorang sebagai contoh tidak boleh sehingga terlalu memuja orang tersebut. Contoh yang terbaik untuk diikuti ialah Rasulullah. Baginda selama 13 tahun berusaha berdakwah kepada umat Islam di Mekah untuk meninggalkan berhala yang menjadi idola dan sembahan mereka dan mengajak mentauhidkan Allah yang Esa.
  • Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya.
  • Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia mampu menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.

SUMBER : NURUL IZZAH SIDEK

SUDUT RENUNGAN

JENAKA RASULULLAH
Pada suatu hari seorang perempuan tua datang berjumpa Rasulullah saw lalu bertanya, " Wahai Rasulullah,adakah perempuan tua macam saya ini boleh masuk Syurga?"
Sambil tersenyum Rasulullah saw menjawab," Perempuan tua macam puan ini tidak akan masuk Syurga."
Mendengar jawapan itu Perempuan tua itu merasa amat sedih lalu menangis. Rasulullah saw memujuknya;
" Maksud saya begini, dalam Syurga itu semua penghuninya muda-muda belaka tidak ada yang tua dan tidak akan pernah jadi tua. Bila puan masuk Syurga rupa puan macam bidadari."
Terhibur hati Perempuan tua itu dengan jenaka Rasulullah.

SUMBER : ABD LATIP TALIP


...Taubat...
Berfikir panjang sebelum bertindak adalah baik kecuali pada 3 perkara :
1- ketika masuk waktu solat.
2- Ketika mengkebumi jenazah.
3- Bertaubat ketika melakukan maksiat.


SUMBER : MUSAFIRKU MASIH JAUH

MOTIVASI DIRI ANDA

Ubah Penampilan Diri (10 Petua Membina Sikap Positif )
Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang disenaraikan dibawah.
Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.

Petua 2: Lakonkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.

SUMBER : DR. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD, PHD